Jalan jadi sesak sebab pusingan-U 'haram' di Gombak


  • Tular
  • Rabu, 05 Jan 2022

TANGKAP layar rakaman situasi di pusingan-U 'haram' yang dirakam seorang pengguna media sosial. — Facebook

PENTINGKAN diri dengan menggunakan jalan mudah untuk membuat pusingan-U sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Itu situasi yang terpaksa dihadapi oleh pengguna jalan raya di persimpangan Jalan Batu Caves - Jalan Taman Samudera, Gombak, Selangor.

Sikap pentingkan diri sesetengah pemandu yang tidak menggunakan simpang untuk membuat pusingan-U yang sepatutnya juga telah menyebabkan kesesakan jalan raya.

Video situasi itu turut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Daniel Den yang turut meminta pihak berkenaan membuat sesuatu untuk melancarkan perjalanan di kawasan tersebut.

TANGKAP layar status yang dimuat naik berkenaan sikap pengguna jalan raya yang pentingkan diri. — Facebook

"Tolonglah buat sesuatu dekat tempat ini. Kalau sekadar letak penghadang sahaja baik tak payah. Orang Malaysia ni bukan tahu bahasa.

"Menyusahkan orang. Jem sampai 30 minit disebabkan mereka. Jenis pentingkan diri sendiri ni memang payah. Selalunya aku lalu je, hari ini aku terus rekod depan-depan.

"Satu hari nanti aku berhenti terus situ, siapa buat pusingan-U haram memang aku maki terus. Takde akal!" katanya,

Tangkap layar seorang pengguna Facebook yang turut berhadapan dengan situasi kesesakan di lokasi sama. — Facebook

Sementara itu, seorang pengguna media sosial, Jasmina Jamin berkata, dia sebelum ini sudah berhubung dengan pihak berkuasa berkenaan isu tersebut.

Namun menurutnya, pihak trafik hanya memaklumkan yang perkara tersebut sentiasa dipantau.

TANGKAP layar komen yang ditinggalkan netizen berkenaan situasi penduduk di Gombak, Selangor. — Facebook

Seorang lagi pengguna media sosial, Hakim KL berkata, masalah jalan di Gombak adalah kerana penduduk yang semakin ramai.

"Penduduk semakin ramai, kereta semakin banyak. Tapi, sistem perhubungan jalan raya masih lagi di takuk lama.

"Jalan yang sepatutnya ada dua lorong, masih lagi satu lorong. Patut dah ada penyelesaian, tapi masih tak selesai hingga ke hari ini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram