KES harian baharu Covid-19 negara kembali menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 3,270 kes baharu pada Rabu berbanding 2,842 kes yang dicatatkan pada Selasa.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di media sosialnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,773,156 kes setakat ini.
Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 3,195 kes sembuh baharu direkodkan pada Rabu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,701,808.
Selain itu, sebanyak 257 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 137 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak empat kluster baharu dicatatkan pada Rabu dan jumlah kluster mencecah 5,948. Daripada jumlah berkenaan, hanya 195 kluster masih aktif.
Tambah kenyataan tersebut, daripada 3,528 kes yang dilaporkan pada Rabu, sebanyak 69 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 3,201 kes (97.9 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
