Bayi berusia 8 hari maut diserang anjing liar


  • Benua
  • Jumaat, 12 Nov 2021

KEJADIAN serangan anjing liar itu berlaku di rumah keluarga mangsa. — Agensi

SEORANG bayi baru berumur lapan hari meninggal dunia selepas diserang oleh seekor anjing liar di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul lima pagi Rabu di rumah keluarga mangsa yang terletak di pekan Kenly.

Ketua polis Kenly, Josh Gibson berkata anjing liar berbaka Pit Bul itu diambil oleh keluarga mangsa untuk dijaga.

"Anjing itu adalah seekor anjing sesat yang muncul ke rumah mereka dan pasangan tersebut membenarkan anjing itu berada di rumah selama beberapa hari," kata Gibson tanpa memberi butiran terperinci kes itu.

Buat masa ini, polis mengklasifikan kes tersebut sebagai satu kemalangan.

Anjing tersebut telah diambil oleh Johnston County Animal Control dan akan dimatikan, menurut agensi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram