Krew feri maut terjatuh laut di Terminal Kargo Kuala Perlis


  • 112
  • Isnin, 03 Jan 2022

MANGSA pengsan selepas kepalanya terkena tiang besi. — Sinar Harian

SEORANG krew feri Roll On-Roll Off (RoRo) maut selepas terjatuh ke dalam laut ketika menambat feri di Terminal Kargo Kuala Perlis, Perlis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kangar Supritenden Wari Kiew berkata dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi, Mohamad Rasidi Baharun, 47, dipercayai tergelincir dari feri yang baru tiba dari Pulau Langkawi, Kedah.

"Mohamad Rasidi yang pengsan selepas kepalanya terkena tiang besi, diselamatkan oleh seorang nelayan yang berada berdekatan tempat kejadian.

"Nelayan berkenaan membawa Mohamad Rasidi ke Jeti Awam Kuala Perlis sebelum dibawa Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar," katanya.

Wari berkata Mohamad Rasidi disahkan meninggal dunia oleh pihak HTF pada 12.45 tengah hari dan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram