Malaysia bakal berdepan gelombang Omicron


  • Primer
  • Ahad, 02 Jan 2022

KADAR kebolehjangkitan Omicron lebih tinggi berbanding Delta. — The Star

MALAYSIA berkemungkinan besar akan menghadapi gelombang varian Omicron seperti negara lain, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menurut beliau, sehubungan dengan beberapa langkah perlu diambil bagi memperlahankan penularan varian Omicron.

"Antaranya adalah dengan liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik dan amalan TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera).

“Selain itu, ciri baharu ‘MySJ Trace’ dan kawalan pintu masuk antarabangsa juga antara langkah untuk memperlahankan varian tersebut," katanya menrusi satu ciapan di Twitter pada Ahad.

KJ vaksin

Katanya lagi, ada pihak yang merujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta, tetapi hakikatnya kebolehjangkitan Omicron lebih tinggi berbanding Delta.

Jelasnya, jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau unit rawatan rapi (ICU) akan meningkat. KKM mahu elak sistem kesihatan awam lumpuh.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, vaksin Covid-19 dibangunkan sebelum kewujudan varian Delta atau Omicron.

Jelasnya, SARS-CoV2 adalah novel Coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.

“Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara flu jab diambil setiap tahun,” ujar beliau. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram