Pemandu lori mabuk rempuh stesen minyak di Kuala Selangor


  • 112
  • Selasa, 28 Dis 2021

TANGKAP layar video tular keadaan lori sampah yang berasap selepas merempuh sebuah pam minyak di Kuala Selangor pada awal pagi Selasa. — Ihsan bomba

SEBUAH lori sampah milik Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melanggar sebuah stesen minyak dalam kejadian di Jalan Batu 2, Kuala Selangor pada jam 3.53 pagi Selasa.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, laporan awal mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki India berumur 29 tahun dipercayai dalam keadaan mabuk.

"Pemandu terbabit melanggar stesen minyak dan menyebabkan lori itu berasap.

"Bagaimanapun tiada kebakaran berlaku dan asap akibat daripada bahang sahaja," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, pemandu terbabit selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram