PM tinjau kawasan terjejas banjir di Hulu Langat


  • Primer
  • Ahad, 26 Dis 2021

ISMAIL Sabri melawat sekitar kawasan yang terjejas banjir pada program gotong-royong Keluarga Malaysia di Taman Nanding pada Ahad. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad membuat tinjauan kawasan terjejas banjir di sekitar Hulu Langat.

Tiba jam 9.50 pagi, beliau meninjau rumah penduduk dan khabar mereka yang masih lagi bertungkus lumus membersihkan kediaman mereka yang terjejas banjir, Sabtu lalu.

Perdana Menteri kemudian meninjau pembersihan surau Al Munir yang difahamkan menjadi 'penyelamat' penduduk yang menaiki bumbung surau itu dalam kejadian pada Sabtu itu.

Perdana Menteri seterusnya ke beberapa lokasi melihat proses gotong-royong pembersihan kawasan taman tersebut oleh sukarelawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pasukan keselamatan terlibat.

Beliau turut melawat kawasan Kampung Dusun Tua yang turut terjejas.

Turut hadir Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram