49 lagi kes Omicron dikesan di Malaysia


  • Primer
  • Sabtu, 25 Dis 2021

SATU kes Covid-19 varian Omicron yang berkemungkinan jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak, pada Jumaat. — The Star

SEBANYAK 49 kes baharu jangkitan Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia, menjadikan kumulatif kes varian berkenaan kini 62 kes.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan, ia termasuk satu kes Covid-19 varian Omicron yang berkemungkinan melibatkan kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak, pada Jumaat.

Beliau menjelaskan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 145 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 15 hingga 21 Disember 2021 sebelum 60 sampel menunjukkan berkemungkinan (presumptive) varian Omicron.

"Pada 24 Disember, 45 daripada 60 sampel presumptive ini disahkan varian Omicron melalui jujukan genom yang dijalankan oleh IMR,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Sabtu.

Beliau berkata Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (IHCM-UNIMAS) pula mengesan empat kes varian Omicron.— Bernama

Menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram