Tun M sihat, dibenar keluar IJN


  • Primer
  • Khamis, 23 Dis 2021

MAHATHIR dibenarkan keluar dari IJN seperti yang dijadualkan.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 11.30 pagi Khamis.

Sebelum ini, beliau dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

IJN dalam satu kenyataan berkata, Ahli Parlimen Langkawi itu telah selesai menjalani beberapa siri rawatan susulan.

ijn tun

TANGKAP layar kenyataan media rasmi IJN berhubung discaj dari institut perubatan itu.

"Beliau sedia dibenarkan keluar dari IJN seperti yang dijadualkan," katanya.

Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah menzahirkan penghargaan kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram