Tun Mahathir masih di IJN, jalani pemeriksaan lanjut


  • Primer
  • Jumaat, 17 Dis 2021

MAHATHIR dimasukkan ke IJN pada pukul 7 petang Khamis.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), pada Khamis sedang menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan yang dijangka mengambil masa beberapa hari lagi.

IJN dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga selesai prosedur itu, negarawan berkenaan akan kekal di pusat perubatan itu.

"Susulan prosedur operasi standard (SOP) disebabkan Covid-19, buat masa ini, tiada pengunjung dibenarkan untuk melawat beliau," kata kenyataan itu pada Jumaat.

Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi dimasukkan ke wad kira-kira pukul 7 petang Khamis untuk menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan pemantauan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mahathir, IJN, pemeriksaan kesihatan, jantung,