Mayat lelaki cuba redah banjir dengan Exora di Kuantan ditemui sejauh 5km


  • 112
  • Isnin, 20 Dis 2021

JENAZAH mangsa diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut. — Gambar ihsan bomba

MAYAT seorang operator kilang yang dilaporkan hilang selepas meredah banjir di Jalan Pintasan Kampung Cempaka-Sungai Soi, Kuantan sudah ditemui pada jam 7.15 pagi Isnin.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, mayat Mohd Halmi Nazlan, 34, ditemukan kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

Dia dilaporkan hilang selepas dikatakan cuba meredah banjir bersama seorang rakan dengan menaiki kereta Proton Exora untuk ke Kuala Pahang dari Kuantan.

"Jenazah mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dihantar ke hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.

Mangsa didakwa telah dihanyutkan oleh arus deras manakala rakannya berjaya menyelamatkan diri dengan memecahkan cermin belakang kereta.

Operasi menyelamat tamat pada jam 7.31 pagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram