Tragedi banjir: Pencawang elektrik di Glenmarie pula dikatakan meletup


  • Tular
  • Ahad, 19 Dis 2021

TANGKAP layar video tular pencawang elektrik yang dikatakan meletup akibat banjir dalam kejadian di Glenmarie.

SEBUAH pencawang elektrik di Glenmarie, Shah Alam dikatakan meletup pada awal pagi Ahad akibat kejadian banjir teruk yang melanda daerah itu.

Perkongsian itu dimuat naik di YouTube oleh pemegang akaun dikenali Keep It Riyal. Video itu tular di aplikasi WhatsApp dan telah ditonton lebih 62,000 kali setakat pukul 3.30 pagi Ahad.

Menerusi video itu, kelihatan percikan api diikuti ledakan bunyi letupan kuat memecahkan kesunyian suasana.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagaimanapun belum memberi pengesahan terhadap kesahihan video awam tersebut.

Setakat ini, seramai 1,474 mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, Klang dan SK Telok Gong yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

JBPM juga telah menggerakkkan 125 kenderaan angkut dan 214 bot ke kawasan terlibat banjir di sekitar Selangor.

Untuk operasi di negeri Selangor, seramai 1,577 anggota telah digerakkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram