Rakyat terdesak 'one-off' KWSP akibat musibah Covid-19, banjir


  • Massa
  • Isnin, 20 Dis 2021

PENGELUARAN KWSP wajar dipertimbangkan tidak kiralah kepada mangsa banjir atau tidak kerana ramai rakyat yang susah ketika ini. — Gambar hiasan/ The Star

PADA Ahad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperuntukkan sejumlah RM10 juta bagi membantu usaha bantuan dan pemulihan banjir kepada komuniti yang terjejas.

Bantuan itu, kata KWSP akan disalurkan melalui pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertindak balas terhadap bencana dengan kerjasama syarikat berkaitan kerajaan serta Rangkaian Tindak Balas Bencana Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Pelaburan Kerajaan (GDRN).

Namun di sebalik pengumuman yang telah dibuat, rata-rata rakyat masih tetap mengharapkan pengeluaran KWSP berjumlah RM10,000 secara one-off yang disifatkan dapat membantu individu yang bergelut dalam kesusahan untuk bangkit semula.

kwsp 1

TANGKAP layar komen netizen berhubung pengeluaran KWSP. — Facebook

Seorang pengguna Facebook, Faizal Yunas merayu agar kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP secara one-off dan meminta Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki perjuangkan moratorium tanpa faedah terakru (terkumpul) lanjutan.

Dia mencadangkan agar bantuan itu mungkin boleh dikeluarkan bermula Januari hingga Mac 2022 agar rakyat yang benar-benar terkesan boleh mencari kerja dan bernafas semula.

"Apa yang Perdana Menteri (PM) umumkan adalah bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit kepada B50 dengan isi rumah RM5,880 sahaja. Tidak membantu M40 dan T20 yang amat terkesan dan banyak berhutang," katanya pada Isnin.

Pengguna Facebook menggunakan nama Ghulam Ghulam pula berkata, pengeluaran KWSP itu wajar dipertimbangkan tidak kiralah kepada mangsa banjir atau tidak kerana ramai rakyat yang susah ketika ini.

"Dulu Covid-19, sekarang banjir pula. (Mohon keluar) KWSP RM10,000 akaun 1," tulisnya pada Ahad.

kwspss 2

TANGKAP layar komen netizen berhubung pengeluaran KWSP. — Facebook

Seorang lagi pengguna Facebook menggunakan nama Makcik Kantin berkata, bantuan pengeluaran secara one-off RM10,000 sepatutnya disalurkan kepada individu yang layak dan masih mempunyai baki mencukupi.

"(Kerajaan) juga sepatutnya bukan ambil (peruntukan) RM10 juta daripada wang pencarum lain untuk bantu mangsa banjir. Itu adalah duit potongan bulanan rakyat yang bekerja," katanya.

Sementara itu, Jeffrydin Ubin Jeff berkata, bantuan itu dapat membolehkan rakyat yang terjejas khususnya untuk membina semula hidup mereka selepas terkesan dengan banjir buruk baru-baru ini

"Luluskan sahaja i-Citra RM10,000. Kasihan rakyat sebab habis harta benda dalam rumah di tenggelamkan air. Perdana Menteri, kerajaan kena luluskan secepat mungkin," katanya.

Tambah Jep Jep, "Rakyat bukan nak suka-suka keluarkan wang KWSP tu. Mereka dah sesak sekarang ni. Fahamkah pak menteri?" — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KWSP, one-off, banjir, Covid-19, rakyat, rayu, terdesak,