RAMAI yang tidak bernasib baik apabila tidak dapat pulang ke kediaman masing-masing pada Sabtu selepas banyak jalan ditutup akibat banjir yang melanda Lembah Klang.
Ada yang terkandas di pejabat masing-masing, terperangkap di jalan raya dan ada juga terpaksa bermalam di hotel berdekatan.