Kebakaran Flat Sri Johor: Mangsa bakal terima rumah baharu, bantuan RM1,000


  • 112
  • Ahad, 19 Dis 2021

PIHAK bomba berusaha memadamkan kebakaran yang berlaku di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad. — WhatsApp

SEBANYAK lapan buah unit rumah di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur musnah dalam satu kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam pada Ahad.

Difahamkan, kebakaran berpunca daripada dapur sebuah unit rumah tersebut sebelum merebak hingga ke tujuh lagi unit rumah yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir kira-kira pukul 11 malam pada Ahad untuk bertemu sendiri dengan mangsa kebakaran.

Menurut Ismail Sabri, buat masa ini pihaknya akan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana ini.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menyediakan rumah baharu untuk semua mangsa yang terlibat dalam kebakaran.

"Selain itu, pihak bomba juga akan melakukan kajian siasatan untuk memastikan unit lain selamat untuk diduduki sebelum penghuni dibenarkan berpindah ke rumah masing-masing," katanya.

Tambahnya, keluarga yang terlibat buat masa ini akan ditempatkan di sebuah dewan sebelum bantuan lanjut disalurkan.



Kredit — Facebook Banturaz Media

Terdahulu, gempar di media sosial apabila warganet berkongsi insiden kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur pada Ahad.

Berdasarkan maklumat di media sosial, kebakaran berlaku di Blok 31 bangunan tersebut.

Menerusi video dan foto yang dikongsi di Facebook, pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

kebakaran, bomba, Flat Sri Johor