
HUJAN lebat sejak beberapa hari lalu menyaksikan beberapa kawasan khususnya di Shah Alam dan Klang, Selangor dilanda banjir hingga ada yang mengorbankan nyawa.
Terbaharu, satu lagi kawasan di Selangor iaitu Hulu Langat turut menjadi mangsa banjir sehingga mengakibatkan terputus hubungan komunikasi.
Beberapa status di media sosial juga memaparkan yang bantuan untuk mangsa belum lagi tiba dan masih dinanti.
"Sehingga pagi ini (Ahad), masih tiada bantuan untuk bawa kluar mangsa-mangsa banjir yg tertinggal.
"Yang di penempatan masih tiada bantuan makanan,minuman dan lain-lain. tolong-tolong, saya merayu doa banyak-banyak. Semoga Allah senantiasa menghantar bantuan buat mereka semua," katanya seorang pengguna Facebook, Rahayu Abdul Razak.
Menerusi pemerhatian Majoriti, beberapa pengguna media sosial di kawasan sama juga sudah mula bergerak untuk membantu mereka yang memerlukan.
Malah, lokasi mangsa juga dimaklumkan bagi memudahkan urusan bantuan disampaikan sama ada daripada pihak berkuasa mahupun orang sekitar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram