"SUDAHLAH berhenti sahaja," itu luahan dari penyokong skuad Garuda menerusi satu ciapan dalam halaman (page) media sosial Facebook, Tim Nasional Indonesia.
Penyokong yang berasal dari Banjar, Indonesia itu meluah rasa kesal atas kesombongan segelintir peminat bola sepak dari negaranya itu yang cuba mencetus provokasi dan menghina skuad Harimau Malaya.
Katanya, pemikiran negatif (membenci negara tertentu) tidak melambangkan imej yang baik buat Indonesia.
"Kalau terlalu melulu membenci sesebuah negara, bukankah itu menunjukkan rakyat Indonesia sebuah bangsa yang hina kerana menjadi negara pembenci?
"Sifat hina, busuk hati, memikirkan keburukan negara tertentu seperti Malaysia dan membencinya?" katanya.
Tambahnya lagi dia amat kesal dengan beberapa akaun media sosial penyokonh Garuda di Facebook yang sudah mula menyebarkan dakyah provokasi.
Katanya lagi, mengikut sejarah perlawanan terdahulu, Malaysia pernah membuktikan kemampuannya dalam beberapa perlawanan di laman Indonesia dan sendiri pada tahun 2010 hingga 2019.
Kongsinya, pada 2010, Malaysia mengalahkan Indonesia, 5-1 di Stadium Bung karno, Jakarta, Indonesia sekali gus menjulang piala Piala AFF Suzuki ketika itu.
"Pada 2011 juga Malaysia juga menang ke atas Indonesia di Sukan SEA dan juga mereka juga merupakan juara pertama Piala AFF bawah 19 tahun yang dianjurkan di Indonesia.
"Indonesia juga tewas di laman sendiri dan juga lawan (Malaysia) dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada tahun 2019," tulisnya.
Jelasnya lagi, berdasarkan rekod itu, tidak mustahil Malaysia juga boleh mengulangi kejayaan yang sama meskipun perlawanan kali ini diadakan di Singapura untuk aksi kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 pada Ahad.
Dia turut menasihatkan penyokong Indonesia supaya janganlah terlalu sombong dan angkuh dan tidak sepatutnya bersikap buruk dengan pihak lawan.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram