KERAJAAN perlu mempertimbangkan untuk memendekkan tempoh pemberian dos penggalak buat penerima vaksin AstraZenca (AZ).
Perkara itu disuarakan oleh Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Amar Singh HSS, menerusi satu ciapan di akaun laman sosial Twitter miliknya.
Dalam status berkenaan, Amar mengatakan bahawa perkara itu perlu dipertimbangkan berdasarkan data dari Public Health England.
"Berdasarkan data dari Public Health England, kita harus mempertimbangkan dengan serius untuk memendekkan tempoh masa bagi mereka yang menerima AstraZeneca," tulisnya.
Beliau membuat perkongsian itu sebagai respon kepada kenyataan di status Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung temu janji dos penggalak bagi vaksin Sinovac, Pfizer dan AZ.
"Anda akan mendapat temu janji dos penggalak di MySejahtera 180 hari selepas dos kedua (Pfizer atau AZ) atau 90 hari selepas dos kedua (Sinovac)," katanya.
Sementara itu, komen Amar turut disokong oleh seorang doktor graduan dari Universiti Oxford, Dr AzlinaA yang menyatakan bahawa terdapat jurang yang besar untuk tempoh mendapatkan dos penggalak bagi kedua-dua jenis vaksin berkenaan.
"Perkara itu seperti tidak diakui oleh pihak Kementerian Kesihatan dan penerima hanya dua dos (Pfizer dan AZ) kurang pelindungan daripada varian Omicron," kongsinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram