PILIHAN raya Sarawak yang akan dijalankan pada Sabtu ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Sarawak untuk memilih pemimpin mereka namun apalah guna memilih jika pemimpin yang diundi tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya dalam mentadbir negeri itu.
Keadaan jalan raya yang berlubang dari Jambatan Tok Nan, Asajaya sehingga ke Kampung Tanjung Pisang di Simunjan, Sarawak tular di media sosial Facebook ekoran luahan dari pengguna Facebook, Kassim Daud Mus.
"Siapa mahu tanggungjawab untuk jalan ini? Buat kerja sekerat-sekerat saja. Kalau mahu buat biarlah sampai siap. Ini macam tiada tindakan yang diambil.
"Kasihan penduduk kawasan mahu ke Kuching, guna kereta boleh jatuh bumper kalau kena jalan rayanya. Harap pihak bertanggungjawab dapat selesaikan dengan segera. Jangan harap undi saja. Ini sudah berapa lama tidak siap-siap juga," kata Kassim menerusi halaman Facebook KAMEK Anak SARAWAK (Original).
Isu yang dibangkitkan Kassim itu turut mendapat perhatian warganet menggesa agar jalan raya di negeri itu segera diperbaiki memandangkan kemudahan asas itu berada dalam keadaan teruk di beberapa daerah lain.
"Lagi ok jalan raya kamu hadapi berlubang-lubang macam begitu. Kami di Tanjong Embak, jalan raya pun seketul-ketul, jalan penghubung pun tiada, jalan raya menuju rumah tidak disambung, semua janji tinggal janji, susah mahu cakap," kata pengguna Facebook, Siti Zeleha.
"Ubah YB (yang berhormat). Ingat kata-kata mentari Sarawak dulu kalau ada yang tidak buat kerja tukar la YB itu. Tidak berguna untuk diundi," komen dari Raymond Roy.— Majoriti

KOMEN-KOMEN dari wargatnet di hantaran itu

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram