TENAGA Nasional Berhad (TNB) menafikan pihaknya ada memberikan wang tunai kepada para pelanggan bagi meraikan ulang tahunnya melalui pelbagai laman web dan siaran media sosial.
Menurut TNB, orang ramai diminta berhati-hati dengan pautan yang menawarkan ganjaran wang tunai sempena ulang tahunnya.
Pautan berkenaan kebiasaannya dihantar melalui media sosial, e-mel atau sms.
Jelas TNB, perkara itu adalah palsu dan orang ramai dinasihati supaya mengabaikan siaran tersebut dan tidak menekan pada pautan yang diterima. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram