SATU rakaman video menunjukkan seorang individu mencuri kasut di Pangsapuri Mesra, Taman Industri Bolton, Gombak tular di media sosial sejak Sabtu.
Menurut perkongsian Facebook Asal Gombak, perbuatan individu terbabit dirakam menerusi rakaman kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) di bangunan berkenaan.
RAKAMAN video perbuatan video itu di laman sosial. — Facebook Asal Gombak
Dipercayai, individu itu melakukan perbuatan terbabit pada pukul 6.40 pagi pada Jumaat dan mencuri di tiga hingga lima buah rumah.
"Ada rakaman CCTV dekat dua blok. Setiap tingkat sehingga tiga hingga lima buah rumah, dia curi sepasang atau lebih.
"Minta warga setempat jaga barang peribadi anda sebaiknya. Curi banyak-banyak ini nak buat apa? Nak buka kedai ke?" ujar laman Facebook berkenaan.
Perkongsian tersebut menerima reaksi warganet dan malahan ada juga berkongsi menerima nasib serupa.
"Tengok susuk tubuh macam orang yang sama saja buat kerja ini dekat kawasan rumah saya. Buat 'projek' pun waktu macam ini," ujar pengguna Facebook, Mazuin Abdul Talib. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
