KECURIAN melibatkan kereta sering terjadi di negara ini meskipun kenderaan berkenaan diletakkan di kawasan awam.
Walaupun kamera keselamatan litar tertutup (CCTV) diletakkan di kawasan awam, namun pencuri seolah-olah tidak takut untuk melakukan jenayah tersebut.
Pada Isnin, tular di media sosial tentang kejadian curi tayar kereta di Taman Tampoi Utama, Johor Bharu yang dipercayai berlaku baru-baru ini.
Kredit — Facebook Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia
Berdasarkan video dan gambar yang tular di Facebook itu, kelihatan penjenayah tersebut mencuri dua biji tayar kereta berjenama Perodua Alza yang diletakkan di kawasan terbabit.
Penjenayah berkenaan dilihat melakukan kegiatan tersebut berseorangan.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi oleh pihak polis berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram