Penghantar makanan dirakam curi 'parcel' J&T


  • Tular
  • Sabtu, 11 Dis 2021

SEORANG pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran makanan (p-hailing) terkemuka dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) ketika dipercayai mencuri bungkusan barangan daripada motosikal seorang pekerja syarikat perkhidmatan penghantaran barang, J&T.

Menerusi rakaman yang tular pada Sabtu itu, pekerja J&T itu dilihat tiba di lokasi penghantaran terlebih dahulu sebelum penghantar makanan itu juga tiba di lokasi yang sama untuk menghantar pesanan.

Pekerja itu bagaimanapun melengkapkan penghantarannya dan kembali ke motosikalnya terlebih dahulu berbanding pekerja J&T tersebut.

Dia kemudian membawa motosikalnya menghampiri motosikal pekerja J&T itu dan didakwa mencuri bungkusan daripada beg yang ditinggalkan di atas motosikal berkenaan.

Tidak dapat dipastikan lokasi kejadian tersebut berlaku dan masih belum terdapat kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat itu atau pihak berkuasa setakat ini.

Rentetan insiden itu, tindakan penghantar makanan itu dikecam oleh orang ramai yang turut kasihan dengan nasib pekerja J&T itu yang dipertanggungjawabkan atas kehilangan bungkusan berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

p-hailing, rider, j&t, grabfood, penghantaran, kurier