
JIJIK dan kotor, itu lah keadaan yang boleh digambarkan terhadap video Sungai Tebrau di Bakar Batu, Johor yang tular di media sosial Twitter.
Organisasi bukan kerajaan (NGO), Ocean Cleanup di laman Twitternya berkongsi situasi sungai tersebut yang dipenuhi sampah-sarap seperti plastik, sisa buangan dan pelbagai kotoran lagi yang mencemarkan air sungai tersebut.
"Ini ialah Sungai Tebrau dan mengikut model kami, ia merupakan sungai ke-53 paling tercemar di dunia," kata NGO itu di laman Twitternya.
Komen-komen dari warganet di Twitter sangat kecewa dan marah dengan pencemaran yang berlaku di sungai tersebut.
"Benda yang perlu kita buat adalah betulkan mindset orang Malaysia. Jangan buang sampah merata rata. Bersihkanlah sungai ni macam mana pun, jika orang terus membuang sampah merata-rata, sampai bila-bila sungai akan kotor," komen dari pengguna Twitter, nabale96.
"Jangan risau kami mempunyai bangunan kedua tertinggi di dunia," kata pengguna Twiter, sydtl_afkh.
"Kerajaan hanya terima sungai-sungainya terus tercemar! Ini perlu dibersihkan tetapi mungkin beberapa tadbir urus yang baik juga perlu dilaksanakan," kata pengguna Twitter, RuudWaals.
Difahamkan, pihak Ocean Cleanup bakal meletakkan Interceptor di Sungai Tebrau selepas Sungai Klang ketika merakam video tersebut.
Interceptor merupakan teknologi yang mampu mengutip sampah terapung di sungai sehingga 100,000 kilogram (kg) sehari.
Terdahulu pada November, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa kekesalan terhadap pemandangan sungai di Sungai Danga di negeri itu yang dicemari pelbagai sampah sarap.
Jarak antara Sungai Danga dan Sungai Tebrau terletak kira-kira sejauh 18 kilometer. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram