'Aib itu akan datang kembali kepada kamu'


  • Tular
  • Jumaat, 10 Dis 2021

TANGKAP Layar rakaman video tular.

RAKAMAN satu video tular menunjukkan seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) memberi reaksi terhadap video dua wanita mempersendakan golongan istimewa itu, menyentuh hati netizen.

Menerusi rakaman video TikTok berdurasi dua minit empat saat itu, lelaki tersebut menegur perbuatan berkenaan sebagai satu bentuk hinaan kepada insan yang bergelar OKU dan menjatuhkan maruah.

VIDEO lelaki OKU tersebut yang tular di laman sosial. — Facebook

"Saya ingin memberi reaksi berkenaan satu video tular tersebut seperti yang kita lihat dalam video ini.

"Nampak seperti gurauan yang ingin dipamerkan mereka, namun dengan perbuatan gurauan sedemikian ini, ia boleh menjatuhkan maruah atau boleh memberi hinaan kepada insan bergelar OKU," katanya.

Katanya, ALLAH menciptakan seseorang dengan sebaik-baik kejadian, jadi berhatilah-hatilah dalam melakukan saesuatu perkara yang menjatuhkan maruah individu lain.

"Oleh kerana ALLAH berkata, sesiapa yang membuka aib bagi orang-orang yang kurang bernasib baik, sesungguhnya aib itu akan datang kembali kepada kamu.

"Dan seandainya insan bergelar OKU ini berdoa dan ALLAH memakbulkan doa mereka nescaya kamu dalam keadaan tidak baik," katanya.

Video tersebut tular sejak Khamis dan dikongsikan di laman Facebook Putra Z Abdul Rahman.

Dalam perkembangan sama, polis telah menahan dua wanita berkenaan dan dua lain berhubung video mempersendakan golongan OKU dalam dua video yang tular terbabit.

Ia susulan laporan polis dibuat seorang wanita berkaitan video berkenaan dengan penyiasatan dibuat di bawa Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seskyen 233 Akta Komunikasi Multimedia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, OKU, TikTok, Facebook