OKU warga emas rentung rumah terbakar di Pasir Mas


  • 112
  • Sabtu, 11 Dis 2021

KEBAKARAN melibatkan sebuah rumah separuh kayu dan batu satu tingkat . — Sinar Harian

SEORANG lelaki warga emas yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) ditemukan dalam keadaan rentung selepas kediamannya di Kampung Tanjung Rendang, di Pasir Mas, Kelantan terbakar awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, mangsa Abdul Manan @ Zakaria Ismail, 71, dijumpai rentung dalam kejadian yang berlaku sekitar pukul 4.30 pagi.

Beliau berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5 pagi melalui MERSS 999 sebelum memaklumkan kepada pasukan MPV untuk ke tempat kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kayu dan batu satu tingkat dan lebih kurang 90 peratus didapati telah terbakar. Ketika itu, anggota bomba yang terbabit dalam operasi memadam mendapati ada mangsa maut terbakar dan telah dihantar ke Hospital Pasir Mas," katanya.

Beliau berkata punca kejadian masih belum dipastikan.— Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram