SEORANG pelatih silat wanita berusia 41 tahun seolah-olah sengaja mencari masalah selepas cuba mempamerkan kemahirannya dengan menggunakan senjata lalu menjadikannya tular di aplikasi sosial TikTok.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita yang berasal dari Sabah itu, ditahan bersama-sama guru silat lelaki berusia 45 tahun.
Beliau berkata penahanan itu dibuat di Pulau Besar, Melaka pada Khamis (9 Disember 2021) semasa operasi bersama pihak berkuasa kesihatan bagi memeriksa pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Siasatan awal menunjukkan suspek wanita itu mahu memuat naik video menunjukkan kemahirannya di TikTok dengan menggunakan senjata itu,” katanya pada Sabtu.
Patit berkata, polis merampas lima keris, dua parang dan sebilah pedang daripada kedua-dua suspek.
Katanya, terdapat tiga lagi individu termasuk seorang wanita berusia antara 20 dan 45 tahun berada di tempat kejadian, namun mereka dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan.
"Kedua-duanya kini disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Serangan 1958," ujarnya. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
