TINDAKAN tegas akan diambil terhadap pelajar yang terlibat dalam insiden buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, kata Datuk Seri Azizah Mohd Dun.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu berkata, mereka akan menjalankan siasatan menyeluruh selepas klip video buli itu tular di media sosial.
“Saya terkejut melihat rakaman itu kerana buli bukan budaya sihat dan kami pastinya tidak mahu perkara itu berulang.
“Kami akan menyemak sama ada klip video itu benar dan kemudian akan mengambil tindakan terhadap pelajar terbabit.
"Ia kejadian tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar ini masih di bawah umur dan mesti dilindungi," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian selepas melancarkan cawangan pertama Sophisticated Go di Ampang Baru pada Jumaat.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, beliau juga melihat tular video tular berkenaan seorang pelajar dipukul di asrama.
“Berdasarkan siasatan awal, kami mendapati kejadian itu tidak melibatkan institusi di bawah Kementerian Pendidikan,” katanya dalam catatan Facebook pada Jumaat.
Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan telah menghubungi pihak terbabit dan memaklumkan tindakan susulan telah diambil.
“Kementerian komited dalam menyediakan persekitaran sekolah selamat yang selaras dengan konsep #schoolkuSEJAHTERA,” katanya dalam catatannya.
Dalam ciapan Twitter yang dimuat naik oleh pengguna twitter Ekax_, sekurang-kurangnya lapan pelajar lelaki dilihat bergilir-gilir menumbuk seorang budak lelaki.
Ekax_ juga menyertakan gambar-gambar pembuli yang didakwa di bebenangnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pada Jumaat, pihak polis akan menyiasat kejadian itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram