Salah laluan, pemandu hampir langgar kereta lain


  • Tular
  • Isnin, 29 Nov 2021

TANGKAP layar dash cam pemandu yang hampir melanggar sebuah kereta Proton Persona di haluan bertentangan. — Facebook

SIKAP buli jalan raya di negara ini seakan-akan tiada kesudahan meskipun terpaksa menyusahkan pengguna lain.

Menurut perkongsian di laman Facebook Mat Perang, seorang pemandu kereta hampir melanggar sebuah kereta lain apabila tersilap memasuki laluan jalan raya pada petang Isnin.

Menerusi rakaman kamera perakam video atau dash cam berdurasi 26 saat itu, pemandu terbabit memasuki haluan bertentangan dan berhenti di hadapan sebuah kereta Proton Persona dekat sebuah lampu isyarat.

Berang dengan perkara itu, kereta Proton Persona berkenaan membunyikan hon beberapa kali sebelum terpaksa mengalah menuju ke jalan lain, bagi memberi laluan kepada pemandu itu.

Kejadian itu disaksikan oleh beberapa pengguna lain yang berada di tempat kejadian.

Lokasi kejadian masih belum dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram