
PEMERGIAN Gmie Screen, 50, merupakan kehilangan buat industri seni negara termasuk buat rakan-rakan artis terdekat.
Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR) kira-kira pukul 2.30 pagi, Jumaat.
Bagaimanapun, punca kematian pelantun lagu Tak Suka Tak Apa itu masih belum diketahui, bagaimanpun sebelum ini Allahyarham dilaporkan mengalami penyakit buah pinggang bocor.
Kisah duka pemergian Gmie turut dikongsi oleh rakan-rakan artis termasuk penyanyi, Jatt Ali di laman sosial Facebook miliknya.
Gmie sebelum ini sama-sama menyertai program realiti popular Gegar Vaganza musim ke-3 dan berjaya memperoleh tempat ke-6. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram