Adegan homoseksual tidak selari imej Malaysia — Razak Mohaideen


  • Massa
  • Khamis, 09 Dis 2021

INDUSTRI filem negara tidak akan terjejas tanpa adegan homoseksual dalam sebuah filem. — Facebook

ADEGAN yang menunjukkan hubungan intim atau mesra pasangan sejenis (homoseksual) adalah salah dan tidak dibenarkan dalam industri filem tempatan.

Perkara itu dinyatakan oleh pengarah filem, Prof Madya Datuk Dr A Razak Mohaideen, yang berpendapat bahawa perkara itu amat bercanggah dengan imej Malaysia sebagai negara Islam.

razak mohaideen

Prof Madya Datuk Dr A Razak Mohaideen

Katanya, ia juga tidak selari dengan pegangan rukun negara Malaysia yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

"Negara kita majoritinya adalah penduduk yang beragama Islam, malah agama rasmi kita juga agama Islam, jadi adegan sepeti itu (homoseksual) tidak sepatutnya dipameran dalam filem.

"Bukan sahaja di Malaysia, ada juga negara luar (bukan negara Islam) melarang adegan itu dipamerkan kerana pada dasarnya ia boleh memberi pengaruh buruk kepada masyarakat," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, pengarah juga mempunyai tanggungjawab sosial dengan menghidupkan sebuah karya yang tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Kata beliau lagi, meskipun adegan homoseksual tidak dibenarkan, ia tidak akan menjejaskan industri perfileman negara.

Jelasnya, unsur homoseksual masih lagi boleh diketengahkan dalam sebuah karya sekiranya ia bertujuan untuk mendidik dan memberi pengajaran.

"Industri tempatan tidak menghalang orang untuk berkarya tetapi ia pelu menjaga sensitiviti rakyat.

"Adegan seumpama itu tidak mencerminkan moral yang baik tetapi tidak salah diterapkan dalam sebuah karya yang membawa kisah pengajaran," ujarnya.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram