Penduduk Ipoh bengang jalan raya berlubang teruk


  • Tular
  • Selasa, 07 Dis 2021

TANGKAP layar dari rakaman Amirul Amigo yang memaparkan jalan berlubang di Ipoh. — Facebook

ISU jalan raya yang rosak, bertampal dan tidak rata pasti menjadi masalah kepada pengguna jalan raya dan kemungkinan besar terlibat kemalangan jika terlanggar jalan rosak atau lubang yang wujud di tengah-tengah jalan raya.

Tular di laman media sosial Facebook yang menunjukkan situasi jalan raya yang berlubang di jalan utama Tambun ke Ipoh, Perak yang meresahkan penduduk gara-gara mendatangkan masalah kepada mereka terutamanya bagi individu menunggang motosikal.

HANTARAN video dari Perak Press

"Ini satu lagi masalah jalan raya area Ipoh. Harap pihak berwajib nampak. Bayangkan masalah yang dihadapi pengguna jalanraya lebih lagi yang menaiki motor habis rosak.

"Lokasi jalan utama Tambun ke Ipoh di bawah flyover dan susur keluar utara Tambun," hantaran dari Perak Press.

Rakaman dari Amirul Amigo itu menunjukkan jalan raya yang berlubang di jalan raya Ipoh yang mengundang kemarahan warganet khususnya penduduk Perak yang menggesa pihak berkuasa untuk selesaikan isu tersebut.

"Maaf. Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) tengah sibuk buat tengah sibuk buat claim (tuntutan). Mungkin akan sedar bila ada menteri yang tergolek langgar lubang. Masa tu baru bersusun jari minta maaf," komen dari pengguna Facebook Shah Md Shah.

"Jalanraya di Ipoh memang tak elok. Datuk Bandar pergi kerja naik helikopter ke?" kata pengguna Facebook Khiva Al Ashgabati.

"Memang ba** diorang ni semua makan gaji buta menyusahkan orang. Jahanam motor kereta yang lalu hari-hari jalan Ipoh ni. Mereka tahu duduk pejabat je tapi kita yang tanggung azab. Jalan korek sana sini tak siap pastu ada pula lubang besar," kata Ahmad Dhani di hantaran itu.

komennnn

TANGKAP layar komen dari warganet berhubung isu ini

Sementara itu pengguna Facebook Sasindran Chelliah berkongsi pengalamannya yang turut melalui jalan berlubang semasa ke Ipoh pada dua minggu lepas dan dia akui keadaan jalan raya di situ teruk.

"Ipoh memang jalan raya berlubang. Tu belum cerita jalan dan tembok-tembok batu hadang lalu lintas di tengah-tengah pekan Ipoh," kongsi pengalaman dari pengguna Facebook Moghammer Lulu.

Belum ada sebarang kenyataan daripada Majlis Bandaraya Ipoh berhubung kejadian itu.

Terdahulu, aktivis keselamatan jalan raya, Shahrim Tamrin dilaporkan berkata, seramai 285 nyawa telah terkorban atau secara purata 57 maut setiap tahun akibat jalan raya berlubang yang telah dicatatkan dalam tempoh lima tahun dari 2014 hingga 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram