TUMBUH-tumbuhan seperti Catnip (nepeta cataria) boleh digunakan sebagai penghalau serangga.
Bahan aktif dalam catnip, nepetalactone berfungsi untuk mengaktifkan reseptor TRPA1 (juga dikenali sebagai reseptor wasabi) dalam nyamuk dan juga serangga lain.
Satu penyelidikan kolaboratif mendapati bahawa nepetalactone sekurang-kurangnya mempunyai kesan sama dengan diethyltoluamide atau DEET.
Dalam penyelidikan yang lain, penyelidik percubaan terdahulu perlu menggunakan DEET kira-kira 10 kali ganda kepekatan minyak catnip atau komponen minyak untuk menghalau bilangan nyamuk yang sama.
Cara untuk menggunakan catnip sebagai penghalau nyamuk adalah dengan menghancurkan dan menggosok tumbuhan itu dengan kuat pada kulit atau dengan menggunakan minyak pati catnip pada kulit.
Walaupun catnip boleh ditanam dengan mudah, satu perkara yang perlu diambil perhatian ialah tumbuhan itu invasif dan boleh merebak seperti lalang.
Pada masa sama, kucing juga dikatakan sangat tertarik dengan tumbuhan itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram