Lelaki 'berpistol' lunyai kena 'katok' di Kedah


  • Tular
  • Ahad, 05 Dis 2021

TANGKAP layar dari video kiriman Iqram Ahmad Idrus Moe.

SEORANG lelaki pertengahan 30-an habis dipukul lunyai oleh sekumpulan lelaki di sebuah bengkel kereta.

Kejadian yang berlaku dipercayai di Kedah itu menunjukkan lelaki berkenaan disoal siasat dalam keadaan anggota badannya diikat dan dipukul kerana didakwa mencuri bersama tiga orang lagi rakannya.

Objek dipercayai sepucuk pistol juga kelihatan terletak di sebelah lelaki berkenaan dan dipercayai merupakan senjata yang digunakan suspek.

"Awak duduk mana? Yang tiga orang lagi duduk mana?

"Kau tak nak cakap, kami patahkan tangan kau," tanya salah satu lelaki India dengan loghat utara dalam video hantaran oleh Iqram Ahmad Idrus Moe itu.

HANTARAN dari Iqram Ahmad Idrus Moe

Video yang berdurasi dua minit 42 saat itu menunjukkan sekumpulan penduduk menggunakan penukul untuk mengugut lelaki berkenaan agar memberitahu siapa lagi tiga rakan subahatnya.

"Kami takkan bawa kau ke balai. Kau tak beritahu kami, kau takkan dapat balik," kata salah seorang lelaki.

Dalam pada itu, komen-komen di hantaran tersebut tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang menyoal siasat sendiri tanpa membawa pencuri itu ke balai polis.

komennnnnnn

KOMEN-KOMEN dari warganet di Facebook

"Kenapa tidak serah pada polis? Ingat kes pencuri besi buruk yang mati kena parang tu? Jadikan itu sebagai pengajaran," komen dari pengguna Facebook Mohamad Bin Dawood.

"Biar polislah yang siasat, lelaki-lelaki ini pula yang sibuk," Chepong Dmel memberikan pendapatnya di hantaran itu.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pencuri, Kedah, pukul, Polis