Menurun sedikit, 5,551 kes Covid-19 baharu dicatat


  • Primer
  • Jumaat, 03 Dis 2021

NEGARA mencatatkan penurunan sebanyak 255 kes Covid-19 pada Jumaat.

MALAYSIA mencatatkan 5,551 kes baharu Covid-19 pada Jumaat, menurun berbanding 5,806 kes yang dicatatkan pada Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini meningkat kepada 2,649,578 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kes sembuh pada Jumaat adalah sebanyak 5,301 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 2,556,554 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu pada Jumaat, Noor Hisham berkata, 5,528 kes adalah jangkitan tempatan manakala 23 merupakan kes import.

"Daripada 5,551 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 78 kes adalah kategori 3, 4, dan 5 manakala 5,473 kes lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya.

Tambah beliau, setakat jam 12 tengah hari 3 Disember 2021, seramai 499 pesakit memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 269 kes memerlukan bantuan pernafasan, jelasnya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, sebanyak enam kluster baharu dikenal pasti pada Jumaat, dengan jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 228. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram