SEORANG wanita bertarung dengan kesakitan di kaki kiri yang dihempap jentera angkat susun (forklift) di sebuah kilang di Jalan Kemunting, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, Selangor.
Dalam kejadian pada Rabu itu, wanita berusia 28 tahun itu berada di sebelah forklift selepas pekerja kilang berjaya mengeluarkan kaki kiri mangsa.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.56 petang.
"Seramai sembilan anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa dikejarkan ke tempat kejadian.
"mangsa kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan pada Khamis.
Tambah Norazam lagi, operasi sepenuhnya tamat pada jam 6.50 petang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram