SATU video kemalangan melibatkan kanak-kanak yang dilanggar kereta akibat bermain bola di jalan raya tular sejak Jumaat lalu.
Dakwa netizen, kejadian berlaku di sebatang jalan di Kota Masai, Pasir Gudang.
Kejadian tersebut dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) kereta yang melanggar kanak-kanak berkenaan.
Menerusi rakaman tersebut, kanak-kanak itu hampir dilanggar oleh sebuah van yang berada di laluan sebelah ketika menendang bola di atas jalan raya yang gelap itu.
Namun, pemandu kereta yang berada di sebelah van itu tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu melanggar kanak-kanak berkenaan.
Walaupun kanak-kanak itu dilihat bangun selepas pelanggaran tersebut, keadaan sebenarnya tidak diketahui.
Di ruangan komen, orang ramai mempersoalkan yang membiarkan anak mereka bermain bola tanpa pengawasan sehingga menyebabkan kemalangan tersebut.
Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram