Terus meningkat, 5,806 kes Covid-19 dicatat pada Khamis


  • Primer
  • Khamis, 02 Dis 2021

KES harian Covid-19 negara terus menunjukkan peningkatan dalam tempoh dua hari berturut-turut. — Gambar hiasan

KES harian baharu Covid-19 negara terus mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 5,806 kes baharu pada Khamis berbanding 5,439 kes yang dicatatkan pada Rabu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan di media sosialnya, ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,644,027 kes setakat ini.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan, sebanyak 7,426 kes sembuh baharu direkodkan pada Selasa, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,498,345.

Selain itu, sebanyak 511 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 266 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak enam kluster baharu dicatatkan pada Khamis dan jumlah kluster mencecah 5,959. Daripada jumlah berkenaan, hanya 227 kluster masih aktif.

Tambah kenyataan tersebut, daripada 5,806 kes yang dilaporkan pada Khamis, sebanyak 103 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4 dan 5 manakala 5,703 kes (98.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram