Ujian saringan mingguan Covid-19 murid, sebahagian daripada Strategi Ujian Kebangsaan


  • Primer
  • Khamis, 02 Dis 2021

SERAMAI 10 peratus murid sekolah rendah harus menjalani ujian Covid-19 pada setiap Rabu. — Gambar hiasan/AZHAR MAHFOF/The Star

MURID sekolah rendah perlu menjalani ujian saringan Covid-19 setiap minggu pada Rabu, seperti mana diputuskan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurut Khairy, ujian mingguan itu adalah sebahagian daripada Strategi Ujian Kebangsaan baharu oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau berkata, antara perkara yang digariskan dalam Strategi Ujian Kebangsaan untuk sekolah rendah yang mana murid yang layak menerima vaksin wajib mendapatkan ujian mingguan Covid-19.

“Ujian itu perlu dijalankan ke atas sekurang-kurangnya 10% daripada populasi murid di sekolah.

"Murid-murid akan mengambil ujian secara bergilir-gilir setiap minggu," kata Khairy pada 26 November.

Tambahnya, strategi ujian mingguan ini adalah bertujuan untuk mencegah kemunculan kluster Covid-19 di sekolah.

Ujian mingguan itu bermula pada 1 Disember dan akan dijalankan setiap Rabu pada hari persekolahan, seperti mana diumumkan Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan juga menggesa semua institusi sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah kementerian itu untuk mengamalkan perkara yang sama.

Dalam satu kenyataan pada 27 November, kit ujian kendiri Covid-19 telah dibekalkan oleh kementerian kepada sekolah rendah di bawah kementerian itu bagi memastikan usaha saringan dapat dilakukan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Operasi Sekolah. 3.0. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram