Penyokong JDT yang janji, orang Melaka pula yang bogel?


  • Tular
  • Khamis, 02 Dis 2021

TANGKAP layar penunggang motosikal dari rakaman video tersebut.

Tindakan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel di Melaka tular di media sosial Facebook, sekali gus mencetuskan kebimbangan warganet.

Video yang berdurasi satu minit itu menunjukkan lelaki tersebut menunggang motosikal secara bersahaja dan sempat dirakam pengguna jalan raya.

HANTARAN Rostam Nordin di Facebook

Rostam Nordin melalui hantarannya berkata lelaki itu sudah dalam keadaan separuh bogel sebelumnya dan terus sahaja menanggal baju.

Warganet di Facebook mendakwa lelaki tersebut seorang yang kurang siuman.

"Budak ni tak berapa siuman. Kadang-kadang penyakit dia datang balik secara tiba-tiba.semoga diberi kesembuhan," kata pengguna Facebook Nizam Rahim.

"Allahuakbar. Yang tak tahu cerita kenapa nak aibkan budak ni dan keluarga dia. Budak ni kan sakit," kata Shikin Sani.

Dalam pada itu, ada juga segelintir warganet yang mempersenda bahawa lelaki itu adalah penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang tular kononnya ingin berbogel dari Kuala Lumpur (KL) ke Johor kerana pasukan bola kegemarannya kalah ketika menentang Kuala Lumpur City Football Club pada Selasa.

komennn

Tangkap layar komen dari segelintir warganet.

"Dia la tu dari Kuala Lumpur ke Johor singgah Melaka. Macam celak*," komen Siti Sue di hantaran itu.

"Ni bukan JDT punya budak ke?. Dari KL singgah ke Melaka makan asam pedas. Jangan buat malu pula," kata Mohtalib Yusup.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung perkara ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, lelaki, bogel, JDT, Melaka