Kecoh kes rompakan bersenjata di Mid Valley


  • Tular
  • Khamis, 02 Dis 2021

BUTIK jam tangan mewah yang dikatakan menjadi lokasi kes rompakan bersenjata di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara. — Google

KECOH di media sosial berhubung satu kes rompakan bersenjata di sebuah kedai jam tangan mewah di pusat beli-belah Mid Valley pada Khamis.

Seorang pengguna Facebook, Venis Ng melalui satu hantaran status Facebook mendakwa kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7 malam.

Dia mendakwa dalam kejadian itu, perompak yang bersenjatakan sepucuk pistol masuk ke sebuah kedai jam tangan Bell & Ross ketika pelanggan sedang asyik mencuba jam.

"Mungkin ada lebih daripada seorang perompak jika dilihat di luar premis," tulisnya di Facebook pada Khamis sambil mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika musim perayaan ini.

WhatsApp Image 2021-12-02 at 18.51.45

TANGKAP layar dakwaan Venis Ng mengenai kejadian rompakan bersenjata di pusat beli-belah Mid Valley. — Facebook

Menurutnya, berdasarkan dakwaan pekerja kedai jam itu, perompak itu berkunjung ke premis berkenaan dua hari sebelum kejadian iaitu pada hari Ahad untuk mencuba pelbagai jenis jam pada hari tersebut.

Sementara itu, jurucakap polis Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima maklum balas mengatakan kejadian tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

Butiran lanjut berhubung kes rompakan bersenjata itu akan diberikan oleh Ketua Polis Daerah Brickfields. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

rompakan, bersenjata, polis, Midvalley,