LEGENDA Liverpool, Steven Gerrard katakan boleh membantu bekas kelabnya mencari pengganti Jordan Henderson.
Pengurus baharu Aston Villa itu kini bos John McGinn yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool pada musim panas.
Semasa McGinn memulakan kedua-dua perlawanan di bawah tunjuk ajar pengurus baharunya, dia menunjukkan prestasi terbaik dengan menyumbang gol kemenangan dalam perlawanan menentang Crystal Place 2-1 hujung minggu lalu.
Bekas penyerang Chelsea, Tony Cascarino percaya pemain berusia 27 tahun itu cukup bagus untuk menggantikan kapten Liverpool, Jordan Henderson.
"McGinn cukup bagus untuk bermain dalam kelab Liga Juara-Juara dan pada usia 27 tahun dia masih mempunyai rekod terbaik dalam kariernya.
“Dia adalah ancaman gol dan sukar untuk melepaskan bola. Saya fikir dia akan sesuai dengan cara Liverpool bermain dan merupakan pengganti yang terbaik untuk Henderson.
“Saya percaya Gerrard mengetahui hakikat ini dan dia akan melakukan semua yang dia mampu untuk mengekalkan asetnya itu,” katanya.
Sementara itu, setakat ini pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dikatakan hanya mengagumi McGinn, tetapi belum ada khabar bahawa The Reds mahu menyunting pemain antarabangsa Scotland itu.
Pada Jun, laporan media mencadangkan bahawa anggaran perjanjian untuk McGinn akan menelan kos dalam lingkungan £45-£50 juta (RM252 juta - RM280 juta).
Henderson dan McGinn kedua-duanya bermain dalam jumlah perlawanan liga yang sama setakat musim ini.
Selepas menjaringkan gol menentang Palace pada hujung minggu, McGinn menyamai jumlah tiga golnya dari kempen terakhir.
Liverpool pula berjaya mengatasi Everton 4-1 dalam aksi derbi EPL di Goodison Park awal pagi Khamis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram