SERAMAI enam pelajar tingkatan lima di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak dilaporkan positif Covid-19 seperti yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin.
Menurutnya kes berkenaan berlaku pada 29 November dan ia dimasukkan di bawah Kluster Jalan Kuala Kangsar, Gerik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata beliau masih menunggu laporan secara terperinci dari Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
"Kes ini sedang disiasat dan setakat ini segala bentuk tindakan kita serahkan kepada Kementerian Pendidikan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Penyerahan Bantuan Mahasiswa Perak 2.0 peringkat Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Perak pada Khamis.
Terdahulu pada program berkenaan Ahmad Saidi berkata seramai 32 orang mahaisiswa menerima bantuan RM150 bagi kegunaan pembelajaran dari Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak).
Ahmad Saidi berkata sebanyak 11,000 daripada 20,000 permohonan bantuan diterima Pasak telah diluluskan, dan setakat ini hanya 2,000 orang sahaja mahasiswa yang dipilih menerima bantuan itu. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram