Dua kanak-kanak lemas di bekas lombong di Mersing, bapa sempat beri bantuan CPR


  • 112
  • Rabu, 01 Dis 2021

ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja mencari mangsa pada Selasa. — Ihsan bomba

DUA kanak-kanak ditemukan lemas di sebuah bekas lombong di Kampung Sisik, Tanjung Resang, Mersing, Johor pada petang Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Wilton Callos, 4, dan rakannya Medical Micaella, 10.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba Mohd Alias Hussin, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.16 petang sebelum lapan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Ujarnya, pihaknya bertindak melakukan pencarian dua kanak-kanak itu di permukaan lombong sebelum kedua-duanya dijumpai oleh bapa kepada salah seorang mangsa pada jarak kira-kira empat kaki dari tebing terbabit.

"Kedua-dua mangsa kemudiannya diberikan bantuan kecemasan jantung dan pernafasan (CPR) namun tiada tindak balas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah Mohd Alias, mayat mangsa dibawa ke Hospital Mersing dengan kenderaan pelbagai guna (MPV) milik anggota tentera dan operasi ditamatkan pada 7.28 malam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram