Remaja mati lemas ketika berkelah di Tanjung Kling


  • 112
  • Sabtu, 06 Nov 2021

PIHAK berkuasa membawa mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis bagi siasatan lanjut. — Facebook

SEORANG remaja lemas selepas terjatuh daripada benteng pemecah ombak semasa berkelah dengan keluarganya di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka pada Sabtu.

Ketua Zon 1 Jabatan dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Khairul Nizam Mohamad berkata, mayat MT. Sharvin, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas, Jasin, ditemukan sekitar 30 meter daripada tempat dia dikatakan terjatuh.

Ujar beliau, seramai 14 anggota bomba dari balai Tangga Batu dan Melaka Tengah sampai di tempat kejadian kira-kira enam minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi.

"Operasi mencari oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) mengambil masa lebih dua jam sebelum mayat ditemukan di dasar laut kira-kira pukul 2.30 petang, dan ketika kejadian, laut nampak bergelora,” ujarnya ketika dihubungi pada Sabtu.

Mohd Khairul berkata, mayat remaja itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram