PENGARAH Yayasan Islam Terengganu, Johan Ibrahim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu pada 12.58 tengah malam Selasa.
Allahyarham yang berusia 58 tahun meninggalkan seorang balu, Roslina Nik, 58, dan lima anak berusia antara 19 hingga 29 tahun.
Anak kedua Allayarham, Mohd Rafiuddin Jazlan, 27, berkata, bapanya dimasukkan ke wad HSNZ selepas disahkan positif Covid-19 sembilan hari lepas.
"Memang sangat terkejut dengan berita ini namun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Tok Nasek, di sini pada 11.30 pagi tadi (Selasa)," katanya semasa dihubungi pada Selasa.
Allahyarham dilantik sebagai Pengarah Yayasan Islam Terengganu berkuat kuasa pada 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2022. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram