Lelaki Myanmar buat 'keras' bawa motor tanpa lesen dari Nilai ke Bangi


  • Tular
  • Isnin, 29 Nov 2021

TANGKAP layar motosikal roda tiga melebihi muatan yang ditunggang warga asing tanpa lesen di Nilai, Negeri Sembilan

WARGA asing yang menunggang motosikal tanpa lesen sudah acap kali menjadi tular di media sosial. Malah, mereka seakan tidak gentar walaupun telah banyak kali pihak berkuasa mengambil tindakan.

Bukan sahaja motosikal biasa, motosikal roda tiga yang selalunya digunakan sebagai kenderaan perdagangan juga dibawa mereka dengan selamba tanpa mempunyai lesen.

Kalau di sekitar taman perumahan boleh diterima lagi, ini dah sampai ke merentas daerah.

Itu yang sempat dirakam seorang lelaki yang menyoal seorang warga asing yang dipercayai menggunakan motosikal roda tiga untuk menjual besi buruk.

Tambah mengejutkan, lelaki warga asing itu turut memberitahu yang dia ingin membawa motosikal tersebut dari Nilai, Negeri Sembilan hingga ke Bangi, Selangor.

Malah, menerusi video berdurasi 52 saat itu, barangan yang dibawa oleh warga asing itu juga didapati melebihi muatan dan boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Awak sekarang, kalau nak bawa motosikal, kena ikut undang-undang, kena ada lesen. Kalau tiada lesen, jangan naik motosikal, kena naik basikal," kata lelaki yang merakam video tersebut.

Lelaki Myanmar itu pada awalnya mendakwa sudah disaman dan cuba menunjukkan surat saman tersebut.

Malah apabila ditegur bahawa dia perlu mendapatkan lesen mengikut undang-undang Malaysia, lelaki itu dengan selamba menjawab dia merupakan orang Myanmar.

Untitled

ANTARA komen yang ditinggalkan warga net berkenaan tindakan warga asing itu yang menunggang motosikal tanpa lesen.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa marah terhadap warga asing tersebut yang menyalah gunakan peluang mencari rezeki di Malaysia.

Beberapa komen yang ditinggalkan di status video tersebut meminta supaya perakam mengambil kunci motosikal dan memanggil pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Akaun Facebook Saya Mii memberitahu perkara sama berlaku di Selayang, Selangor di mana warga asing didakwa bekerja sebagai pengutip besi.

Perkara sebegini sepatutnya menjadi perhatian pihak berkuasa dan orang ramai juga perlu bertindak dengan tegas dengan memanggil pihak yang berwajib untuk diambil tindakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Tular, Nilai, Bangi, Warga asing, Lesen, Motosikal, Myanmar