Mayat lelaki berseluar pendek ditemui terapung di Tasek Gelugor


  • 112
  • Sabtu, 27 Nov 2021

MOTOSIKAL dipercayai milik mangsa turut ditemui di dalam kawasan kelapa sawit tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemukan. — Awani

PENDUDUK di Kampung Tebing Sungai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di sebatang sungai pada Sabtu.

Mayat lelaki berusia 36 tahun ditemui penduduk kampung kira kira pukul 12.30 tengah hari dengan hanya berseluar pendek sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Difahamkan, motosikal dipercayai milik mangsa turut ditemui di dalam kawasan kelapa sawit tidak jauh dari lokasi mayat mangsa ditemukan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Radzi Ahmad mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Beliau berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian daripada orang awam sejam selepas mayat ditemui.

Mohd Radzi berkata, menurut isteri mangsa, lelaki itu dikatakan meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal pada pukul 11.30 pagi.

Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

Mohd Radzi berkata, setakat ini, kematian lelaki itu tidak melibatkan unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). — Awani

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram