Penduduk terpaksa gotong-royong baiki jalan di Kudat


  • Tular
  • Jumaat, 26 Nov 2021

PENDUDUK Kampung Longgom Besar bergotong-royong membaiki jalan yang sudah lama rosak baru-baru ini. — Twitter

PEMBANGUNAN insfrastruktur yang serba kekurangan di Sabah dan Sarawak sering menjadi isu utama setiap tahun.

Sebelum ini, seorang pelajar universiti, Veveonah Mosibin terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan rangkaian Internet di kampungnya di Pitas, Sabah semata-mata bagi menduduki peperiksaan.

Pada Khamis, seorang wanita berkongsi ciapannya di Twitter tentang sekumpulan penduduk di Kampung Longgom Besar, Kudat, Sabah bergotong-royong membaiki laluan kenderaan yang rosak teruk.

Menurut pengguna Twitter, @rismarobin, dia sudah mengemukakan isu laluan berkenaan kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin sejak beberapa tahun lalu, namun tiada sebarang tindakan diambil.

"Orang lain dapat RM100 juta, hanya untuk seorang manusia. Kenapa? Orang kampung saya tidak cukup manusia ke untuk menerima bantuan? Sudah berapa lama? Kenapa ini masih berlaku?

"Bagi orang kampung, keluar duit sendiri untuk memperbaiki jalan, RM100 itu rasa berjuta-juta kamu tahu ke?" ujarnya.

Perkongsiannya itu mendapat reaksi warganet yang bersimpati dengan nasib penduduk di kawasan tersebut.

"Tunggulah pilihan raya baru dia buat kerja," ujar pengguna Twitter, @Tuahseven7.

"Suruh warga tua konvoi naik kapcai, lepas itu seorang 'stunt' langgar lubang. Semua sekali jatuh serentak. Confirm Khairy Jamaluddin mintak tukar jawatan jadi Menteri Kerja Raya," kata seorang lagi pengguna Twitter, @HukumMohamad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram