TINDAKAN seorang pekerja kurier yang mencampak barang pelanggan mendapat kecaman hebat oleh warganet di media sosial Facebook.
Menerusi video yang dihantar oleh Shah Ariel melalui halaman Trending Apa Hari Ini ? (TAHI), pekerja lelaki yang mencampak barang itu merupakan seorang pekerja kurier J&T Express.
Video dari halaman Trending Apa Hari Ini ? (TAHI)
Rakaman dari kamera litar yang merakam kejadian itu mendapati bunyi yang kuat dikeluarkan ketika pekerja itu mencampak barang tersebut.
Shah Ariel mempersoalkan kenapa pekerja lelaki itu perlu mencampak barang sedangkan rumah itu memiliki loceng, selain menyifatkan pekerja tersebut tidak bijak dalam menguruskan barang pelanggan.
"Teruk betul kalau kaca ke barang berharga mahal pecah macam mana. B***h betul, kerja tak ikhlas nanti dapat duit pun tak berkat," tambah seorang pengguna Facebook, Nurdiyana.
"Penghantar barang kena ikhlas dan sabar. Jangan kerja macam ni. Kalau hantar barang buang macam ni, rosak barang pelanggan," komen dari pengguna Facebook Che Noriah.
"Pemandu kejar komisyen begini lah jadi nya, barang hancur syarikat boleh muflis," pendapat dari pengguna Facebook Saudagar Ngah.
Rata-rata warganet menyuruh pihak J&T Express untuk mengambil tindakan namun sehingga kini pihak kurier tersebut belum memberi sebarang maklum balas ekoran kejadian ini.
Pada Februari 2021, tujuh pekerja syarikat kurier J&T Express Perak menjadi tular kerana mencampak barangan pelanggan mereka dicampak di salah satu gudang syarikat itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram